Lindungi diri Daripada Jangkitan Penyakit Berjangkit

Langkah-langkah untuk memperkuatkan sistem ketahanan badan. Sistem ketahanan adalah komponen yang sangat kritikal pada tubuh manusia. Ia melindungi diri daripada serangan penceroboh seperti bakteria, kulat, virus dan menahan jangkitan penyakit berbahaya seperti kanser. ia juga berkesan dan mempunyai “daya ingatan” jangkitan-jangkitan sebelumnya dan bersedia menghadapinya pada masa depan. Untuk memastikan ia berfungsi pada kadar optimum anda boleh merujuk kepada beberapa langkah berikut. 1. Makan Dengan Betul * Jangan Makan Berlebihan Makan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan dan membahayakan sistem ketahanan badan. Obesiti menghalang sistem ketahanan badan daripada berfungsi dengan baik. Justeru ini akan mengurangakan daya ketahanan terhadap jangkitan. * Jenis Makanan Yang Dipilih Jenis makanan yang dipilih juga tidak kurang pentingnya. Terdapat beberapa jenis nutrien dan makanan yang boleh mempertingkatkan sistem ketahanan badan seperti:- 1. Makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan sitrus dan brokoli 2. Makanan yang kaya denagn Vitamin E seperti kekacang dan bijirin 3. Bawang Putih 4. Makanan yang kaya dengan zink seperti kekacang, ayam belanda, ketam, tiram dan daging lembu 5. Makanan yang mengandungi bioflavanoid seperti yang terdapat dalam buah-buahan dan syuran 6. Makanan yang kaya denagn karoten seperti lobak dan keladi. 2. Bersenam Selalu Senaman yang kerap dan konsisten boleh mengurangkan pengambilan cuti sakit anda. Wanita yang meluangkan masa 35 hingga 45 minit untuk berjalan kaki 5 kali seminggu selama 12 hingga 15 minggu mengalami pengurangan dalam bilangan cuti sakit berbanding dengan kumpulan kawalan yang kurang bersenam. Walaubagaimanapun, senaman tidak semestinya yang berat untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Malah, senaman yang sederhana mungkin mempunyai keputusan yang lebih baik. 3. Dapatkan Tidur Yang Secukupnya Tidur yang cukup dapat merangsang dan menguatkan sistem ketahanan manakala kekurangan tidur mempunyai kesan yang sebaliknya. Kesan buruk terhadap fungsi sistem ketahanan badan yang ketara dapat dilihat selepas beberapa hari kita kekurangan tidur. Orang dewasa secara puratanya memerlukan 7-8 jam masa tidur. Untuk memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti, elakkan dari minuman berkafein (seperti kopi dan teh), tembakau dan arak. 4. Menguruskan Tekanan Hormon-hormon yang dilepaskan semasa tekanan kronik boleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain. Hormon tekanan ini boleh berfungsi dalam dua cara, sama ada menghapuskan sel darah putih (yang melawan penyakit) atau menghidupkan sistem keimunan hiperaktif yang boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit auto imun ( auti-immune). Oleh itu, luangkanlah masa untuk melepaskan stres beberapa kali seminggu seperti bersenam, menonton wayang, mengunjungi spa ataupun melakukan aktiviti yang anda gemari Sumber: Buletin Pengguna

Advertisements

About this entry